Thursday, 14 May 2015

BIJAK BERBELANJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami pelajar UiTM Kampus Puncak Alam, HS240 telah melaksanakan satu modul tentang pengurusan kewangan bagi mahasiswa institut pengajian tinggi. 

MODUL CTU555 


GROUP 4-EKONOMI




ISU SEMASA:

"Antara kebimbangan negara pelaksana GST"- Sinar Harian, 17 Mac 2015

Kami mendapat ilham untuk membuat modul ini dari pembacaan kami dengan ura-ura mengenai kenaikan harga barang menjelang perlaksanaan GST pada 1 April 2015. Tajuk akhbar yang menarik perhatian kami adalah ‘Antara kebimbangan negara pelaksana GST’. Dalam akhbar tersebut, dinyatakan bahawa masyarakat bimbang akan kenaikan harga barang. Apatah lagi bagi mahasiswa yang hanya bergantung kepada duit pinjaman ataupun biasiswa. Maka dengan itu, kami terpanggil untuk membina serta melaksanakan modul ini untuk membantu para mahasiswa dari segi kewangan menjelang perlaksanaan GST pada 1 April ini. Modul yang bertajuk ‘ Mahasiswa Bijak Berbelanja’ telah dilaksanakan pada tarikh yang sama dengan perlaksanaan GST, iaitu 1 April 2015. Kami telah mencuba modul ini kepada ahli kumpulan kami sendiri. Modul ini telah dilaksanakan selama satu bulan dimana tempoh pemantauan ini dihentikan pada 1 Mei 2015.

TAJUK MODUL:
Mahasiswa Bijak Berbelanja

OBJEKTIF:   
Modul ini menitikberatkan beberapa objektif yang hendak dicapai sepanjang perlaksanaan modul. Antara objektif yang ditekankan ialah: 
i) mengenalpasti keluar masuk wang
ii) memastikan mahasiswa berbelanja dengan betul
iii) dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
iv) mendisiplinkan diri dari segi kewangan
v) meneliti tingkahlaku, perancangan dan perbelanjaan mahasiswa

PROSEDUR:
Untuk melaksanakan modul ini, terdapat beberapa langkah yang telah dilaksanakan bagi menjayakan modul ini. Kami selaku responden perlu mengikuti setiap langkah ini supaya hasil dari perlaksanaan modul ini mendapat hasil. Langkah pertama yang diambil adalah menyediakan satu buku kecil, bertujuan untuk merekodkan perbelanjaan diri dalam masa sebulan. Saiz buku yang kecil ini memudahkan responden untuk membawa kemana sahaja buku ini bagi merekodkan semua perbelanjaan harian dalam tempoh sebulan. Hal ini dapat menjimatkan masa responden bagi merekodkan perbelanjaan kerana setiap perbelanjaan akan terus dicatat di dalam buku kecil itu. Hal ini juga dapat mengelakkan dari sebarang kesilapan ketika mencatat jumlah perbelanjaan pada satu ketika.

buku yang ringkas digunakan...

Seterusnya, responden diarahkan untuk menghadkan perbelanjaan dalam tempoh seminggu. Kadar had perbelanjaan responden telah ditetapkan kepada RM70, tidak termasuk kes kecemasan. Ini membawa maksud perbelanjaan responden dihadkan kepada RM10 sehari. Langkah ini diambil kira untuk memastikan reponden tidak menggunakan wang lebih daripada had. Malah, dengan menghadkan perbelanjaan ini, responden dapat merancang perbelanjaan supaya tidak terlebih dari kadar yang ditetapkan. Hal ini dapat mendisiplin kan responden supaya jumlah pengeluaran wang tidak digunakan dengan sia-sia.



            Langkah seterusnya adalah membandingkan harga barang di setiap kedai. Hal ini merupakan langkah yang sering dilakukan oleh masyarakat dalam arena peningkatan kos sara hidup kini. Sebagai contoh yang dekat dengan mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman ialah barangan di koperasi ataupun di UITM Puncak Alam lebih dikenali sebagai 'Mart'. Sebelum membuat keputusan untuk membeli, bandingkan dahulu harga yang tertera pada barang tersebut, Kemudian, pilihlah barangan yang rendah harganya. Hal ini kerana, terdapat segelintir peniaga yang ingin mengaut keuntungan. Mahasiswa sebagai pengguna perlu bijak mengambil langkah bagi memastikan tiada kekangan kewangan sepanjang semster berlangsung. Dengan membandingkan harga barang, para mahasiswa dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian.


            Kemudian, mahasiswa diarahkan untuk membeli hanya barang keperluan. Dalam arus modenisasi kini, pelbagai barangan yang dijual menggunakan segenap kaedah bagi menarik minat pembeli. Amat lah mudah bagi seorang pelajar mahasiswa cenderung untuk membeli barangan kemahuan. Hal ini kerana, terdapat banyak cara yang diguna pakai seperti peniagaan ‘online’. Maka dengan ini, responden kami telah diarahkan supaya membeli hanya barangan keperluan. Dengan cara ini, responden dapat membezakan antara kemahuan dan keperluan. Secara tidak langsung, wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang kemahuan berpindah ke dalam tabung sendiri. Hal ini dapat membantu responden jika ada hal kecemasan yang berlaku.


            Langkah penting seterusnya, merekodkan perbelanjaan seharian di dalam buku yang disediakan. Hal ini bertujuan untuk melihat apakah perbelanjaan responden dalam sehari. Tambahan lagi, langkah ini juga penting bagi responden untuk menilai sendiri apa yang telah dibelanjakan olehnya. Sehubungan dengan itu, responden juga dapat merancang perbelanjaan pada keesokkan harinya.

 rekod harian salah seorang responden kami 

            Kemudian, dalam masa seminggu, perbelanjaan responden dijumlahkan supaya dapat mengetahui berapa nilai perbelanjaan yang digunakan oleh responden. Bandingkan jumlah perbelanjaan dengan nilai wang yang ditetapkan dalam seminggu. Jika melebihi jumlah wang yang ditetapkan, semak semula rekod perbelanjaan. Kemudian tanda pada pengeluaran wang yang tidak perlu. Jika perbelanjaan tersebut diperlukan, cuba meminima kan jumlah wang digunakan.

contoh rekod perbelanjaan dalam seminggu..


            Seterusnya, rancang semula perbelanjaan pada minggu seterusnya. Hal ini kerana jika ada penambahbaikan, maka ianya dapat dilaksanaakan dalam minggu seterusnya. Langkah-langkah ini berulang dalam tempoh sebulan. 



NILAI UTAMA DISEBALIK SETIAP LANGKAH:

1.    Sediakan buku – memudahkan urusan semak semula.
2.    Hadkan pengeluaran – dapat mengawal pengeluaran wang tanpa membazir
3.    Bandingkan harga – untuk mendapatkan harga yang lebih murah
4.    Membeli barang keperluan – memastikan tiada pengaliran wang kepada barang bukan keperluan.
5.    Rekodkan – menjadi rujukan untuk merancang perbelanjaan seterusnya.
6.    Menjumlahkan – supaya dapat melihat perbelanjaan dalam sebulan

PERLAKSANAAN MODUL:

Modul ini bermula pada 1 April 2015. Tarikh ini dipilih kerana pada hari tersebut, GST dilaksanakan. 

LAPORAN PERLAKSANAAN MODUL:

MODUL

Modul ini mempunyai kekuatan tersendiri dimana responden menjadi lebih teliti dalam pembelian serta perbelanjaan seharian. Modul ini sesuai digunakan di setiap peringkat umur. Modul ini juga dapat melatih responden supaya berhati-hati dengan penipuan para penjual mengenai harga barang.
Sepanjang modul ini dilaksanakan, masalah yang dihadapi ialah terdapat responden mengeluarkan wang secara tidak teratur kerana membeli barang keperluan belajar dan membayar yuran tanpa perancangan.


Modul ini telah mencapai objektif. Responden dapat mengenalpasti keluar masuk wang, dapat membezakan keperluan dan kehendak, mendisiplinkan diri dari segi kewangan.
Penambahbaikan modul yang dapat diambil setelah modul ini dilaksanakan ialah memperuntukan sejumlah wang untuk keperluan semasa kecemasan seperti responden ini, wang yang telah digunakan untuk membeli barang keperluan belajar dan juga hal-hal lain.

RESPONDEN

Responden memberi komen yang positif dimana responden lebih teliti dalam soal kewangan, dan mampu merancang perbelanjaan pada minggu seterusnya.
Responden juga menyatakan bahawa modul ini amat berguna untuk dirinya yang selama ini, tidak ambil kisah tentang pengeluaran wang. Beliau juga mensuarakan perasaan beliau yang merasakan modul ini patut dipraktikkan kepada semua lapisan masyarakat kerana peningkatan harga barang sekarang amat dirasai terutama kepada pelajar yang masih belum bekerjaya.
Responden mencadangkan supaya modul ini dilaksanakan kepada banyak mahasiswa kerana masalah kewangan adalah satu norma yang sering dialami oleh mahasiswa tidak kira IPTA mahupun IPTS.

Namun, responden juga memberi komen yang negatif di mana dalam tempoh perlaksanaan modul ini, amat sukar untuk dipraktikkan semasa permulaan modul ini dilaksanakan. Hal ini kerana modul ini memerlukan semangat dan ketekunan yang tinggi bagi melaksanakan modul ini.  

REFLEKSI DIRI SENDIRI

Pada pandangan saya, modul ini memberikan kesan yang positif kepada diri saya dimana saya dapat melihat dengan jelas perbelanjaan yang sepatutnya dipraktikkan oleh saya sebagai seorang mahasiswa di universiti. Hal ini kerana, diperingkat umur saya sekarang, sudah menjadi keperluan untuk menguruskan perbelanjaan sendiri dengan lebih teratur.
Kekuatan diri untuk melaksanakan modul ini adalah ketekunan untuk terus melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan modul ini mencapai objektif.

KESIMPULAN:

Sekiranya, pembelian barangan tersebut merupakan suatu kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. Dengan berbuat demikian, kita telah berbelanja secara berhemat dan hidup mengikut kemampuan sebagai seorang mahasiswa.
Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara berhemat akan mencegah diri sendiri serta orang lain daripada menghadapi masalah kewangan.
Ambillah masa untuk memikirkan sama ada perlu untuk membelanjakan wang dan adakah anda mampu berbelanja mengikut bajet yang telah disediakan? Ingat, apabila kita berkata ‘tidak’ untuk berbelanja sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), kita berada selangkah lebih hampir untuk mencapai impian kewangan kita.

Dalam kehidupan, sentiasa ada alternatif untuk membuat pilihan lain. Tinjau pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda. Tukar tanggapan atau persepsi anda, jika perlu. 


Di bawah ini kami sertakan sekali video yang menrangkumi modul kami. Dengan adanya video ini, harapnya anda lebih memahami modul kami dengan lebih jelas. Sekian terima kasih.