MODUL CTU555
GROUP 4-EKONOMI
ISU SEMASA:
"Antara kebimbangan negara pelaksana GST"- Sinar Harian, 17 Mac 2015
Kami mendapat ilham untuk membuat modul ini dari pembacaan
kami dengan ura-ura mengenai kenaikan harga barang menjelang perlaksanaan GST pada 1 April
2015. Tajuk akhbar yang menarik perhatian kami adalah ‘Antara kebimbangan negara pelaksana GST’. Dalam akhbar tersebut, dinyatakan bahawa masyarakat bimbang akan kenaikan harga barang. Apatah lagi bagi mahasiswa yang hanya bergantung kepada duit pinjaman ataupun biasiswa. Maka dengan itu,
kami terpanggil untuk membina serta melaksanakan modul ini untuk membantu para
mahasiswa dari segi kewangan menjelang perlaksanaan GST pada 1 April ini. Modul
yang bertajuk ‘ Mahasiswa Bijak Berbelanja’ telah dilaksanakan pada tarikh yang sama dengan perlaksanaan GST,
iaitu 1 April 2015. Kami telah mencuba modul ini kepada ahli kumpulan kami sendiri. Modul ini telah dilaksanakan selama satu bulan dimana tempoh
pemantauan ini dihentikan pada 1 Mei 2015.
TAJUK MODUL:
Mahasiswa Bijak Berbelanja
OBJEKTIF:
Modul ini menitikberatkan beberapa objektif yang hendak dicapai sepanjang perlaksanaan modul. Antara objektif yang ditekankan ialah:
Modul ini menitikberatkan beberapa objektif yang hendak dicapai sepanjang perlaksanaan modul. Antara objektif yang ditekankan ialah:
i) mengenalpasti keluar masuk wang
ii) memastikan mahasiswa berbelanja dengan betul
iii) dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
iv) mendisiplinkan diri dari segi kewangan
v) meneliti tingkahlaku, perancangan dan perbelanjaan
mahasiswa
PROSEDUR:
Untuk melaksanakan modul ini,
terdapat beberapa langkah yang telah dilaksanakan bagi menjayakan modul ini. Kami selaku responden perlu mengikuti setiap langkah ini supaya hasil dari perlaksanaan modul ini mendapat hasil. Langkah
pertama yang diambil adalah menyediakan satu buku kecil, bertujuan untuk
merekodkan perbelanjaan diri dalam masa sebulan. Saiz buku yang kecil ini
memudahkan responden untuk membawa kemana sahaja buku ini bagi merekodkan semua
perbelanjaan harian dalam tempoh sebulan. Hal ini dapat menjimatkan masa responden
bagi merekodkan perbelanjaan kerana setiap perbelanjaan akan terus dicatat di
dalam buku kecil itu. Hal ini juga dapat mengelakkan dari sebarang kesilapan
ketika mencatat jumlah perbelanjaan pada satu ketika.
buku yang ringkas digunakan...
Seterusnya, responden
diarahkan untuk menghadkan perbelanjaan dalam tempoh seminggu. Kadar had
perbelanjaan responden telah ditetapkan kepada RM70, tidak termasuk kes
kecemasan. Ini membawa maksud perbelanjaan responden dihadkan kepada RM10 sehari. Langkah ini diambil kira untuk memastikan reponden tidak menggunakan
wang lebih daripada had. Malah, dengan menghadkan perbelanjaan ini, responden
dapat merancang perbelanjaan supaya tidak terlebih dari kadar yang ditetapkan. Hal
ini dapat mendisiplin kan responden supaya jumlah pengeluaran wang tidak digunakan
dengan sia-sia.
Langkah seterusnya
adalah membandingkan harga barang di setiap kedai. Hal ini merupakan langkah
yang sering dilakukan oleh masyarakat dalam arena peningkatan kos sara hidup
kini. Sebagai contoh yang dekat dengan mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman ialah barangan di koperasi ataupun di UITM Puncak Alam lebih dikenali sebagai 'Mart'. Sebelum membuat keputusan untuk membeli, bandingkan dahulu harga yang tertera pada barang tersebut, Kemudian, pilihlah barangan yang rendah harganya. Hal ini kerana, terdapat segelintir peniaga yang ingin mengaut keuntungan. Mahasiswa sebagai pengguna perlu bijak mengambil langkah bagi memastikan tiada kekangan kewangan sepanjang semster berlangsung. Dengan membandingkan harga barang, para mahasiswa dapat menjimatkan kos
perbelanjaan harian.
Kemudian,
mahasiswa diarahkan untuk membeli hanya barang keperluan. Dalam arus modenisasi
kini, pelbagai barangan yang dijual menggunakan segenap kaedah bagi menarik
minat pembeli. Amat lah mudah bagi seorang pelajar mahasiswa cenderung untuk
membeli barangan kemahuan. Hal ini kerana, terdapat banyak cara yang diguna
pakai seperti peniagaan ‘online’. Maka dengan ini, responden kami telah
diarahkan supaya membeli hanya barangan keperluan. Dengan cara ini, responden
dapat membezakan antara kemahuan dan keperluan. Secara tidak langsung, wang
yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang kemahuan berpindah ke dalam
tabung sendiri. Hal ini dapat membantu responden jika ada hal kecemasan yang berlaku.
Langkah penting
seterusnya, merekodkan perbelanjaan seharian di dalam buku yang disediakan. Hal
ini bertujuan untuk melihat apakah perbelanjaan responden dalam sehari. Tambahan
lagi, langkah ini juga penting bagi responden untuk menilai sendiri apa yang
telah dibelanjakan olehnya. Sehubungan dengan itu, responden juga dapat
merancang perbelanjaan pada keesokkan harinya.
rekod harian salah seorang responden kami
Kemudian,
dalam masa seminggu, perbelanjaan responden dijumlahkan supaya dapat mengetahui
berapa nilai perbelanjaan yang digunakan oleh responden. Bandingkan jumlah
perbelanjaan dengan nilai wang yang ditetapkan dalam seminggu. Jika melebihi
jumlah wang yang ditetapkan, semak semula rekod perbelanjaan. Kemudian tanda
pada pengeluaran wang yang tidak perlu. Jika perbelanjaan tersebut diperlukan,
cuba meminima kan jumlah wang digunakan.
contoh rekod perbelanjaan dalam seminggu..
Seterusnya,
rancang semula perbelanjaan pada minggu seterusnya. Hal ini kerana jika ada
penambahbaikan, maka ianya dapat dilaksanaakan dalam minggu seterusnya. Langkah-langkah
ini berulang dalam tempoh sebulan.
NILAI UTAMA DISEBALIK SETIAP LANGKAH:
1. Sediakan
buku – memudahkan urusan semak semula.
2. Hadkan
pengeluaran – dapat mengawal pengeluaran wang tanpa membazir
3. Bandingkan
harga – untuk mendapatkan harga yang lebih murah
4. Membeli
barang keperluan – memastikan tiada pengaliran wang kepada barang bukan
keperluan.
5. Rekodkan
– menjadi rujukan untuk merancang perbelanjaan seterusnya.
6. Menjumlahkan
– supaya dapat melihat perbelanjaan dalam sebulan
PERLAKSANAAN MODUL:
Modul ini bermula pada 1 April 2015. Tarikh ini dipilih
kerana pada hari tersebut, GST dilaksanakan.
LAPORAN
PERLAKSANAAN MODUL:
MODUL
Modul ini mempunyai kekuatan tersendiri dimana responden
menjadi lebih teliti dalam pembelian serta perbelanjaan seharian. Modul ini
sesuai digunakan di setiap peringkat umur. Modul ini juga dapat melatih
responden supaya berhati-hati dengan penipuan para penjual mengenai harga
barang.
Sepanjang modul ini dilaksanakan, masalah yang dihadapi
ialah terdapat responden mengeluarkan wang secara tidak teratur kerana membeli barang
keperluan belajar dan membayar yuran tanpa perancangan.
Modul ini telah mencapai objektif. Responden dapat
mengenalpasti keluar masuk wang, dapat membezakan keperluan dan kehendak,
mendisiplinkan diri dari segi kewangan.
Penambahbaikan modul yang dapat diambil setelah modul ini
dilaksanakan ialah memperuntukan sejumlah wang untuk keperluan semasa kecemasan
seperti responden ini, wang yang telah digunakan untuk membeli barang keperluan
belajar dan juga hal-hal lain.
RESPONDEN
Responden memberi komen yang positif dimana responden lebih
teliti dalam soal kewangan, dan mampu merancang perbelanjaan pada minggu
seterusnya.
Responden juga menyatakan bahawa modul ini amat berguna
untuk dirinya yang selama ini, tidak ambil kisah tentang pengeluaran wang.
Beliau juga mensuarakan perasaan beliau yang merasakan modul ini patut dipraktikkan
kepada semua lapisan masyarakat kerana peningkatan harga barang sekarang amat
dirasai terutama kepada pelajar yang masih belum bekerjaya.
Responden mencadangkan supaya modul ini dilaksanakan kepada
banyak mahasiswa kerana masalah kewangan adalah satu norma yang sering dialami
oleh mahasiswa tidak kira IPTA mahupun IPTS.
Namun, responden juga memberi komen yang negatif di mana dalam tempoh perlaksanaan modul ini, amat sukar untuk dipraktikkan semasa permulaan modul ini dilaksanakan. Hal ini kerana modul ini memerlukan semangat dan ketekunan yang tinggi bagi melaksanakan modul ini.
Namun, responden juga memberi komen yang negatif di mana dalam tempoh perlaksanaan modul ini, amat sukar untuk dipraktikkan semasa permulaan modul ini dilaksanakan. Hal ini kerana modul ini memerlukan semangat dan ketekunan yang tinggi bagi melaksanakan modul ini.
REFLEKSI DIRI SENDIRI
Pada pandangan saya, modul ini memberikan kesan yang positif
kepada diri saya dimana saya dapat melihat dengan jelas perbelanjaan yang
sepatutnya dipraktikkan oleh saya sebagai seorang mahasiswa di universiti. Hal
ini kerana, diperingkat umur saya sekarang, sudah menjadi keperluan untuk
menguruskan perbelanjaan sendiri dengan lebih teratur.
Kekuatan diri untuk melaksanakan modul ini adalah ketekunan
untuk terus melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan modul ini mencapai
objektif.
KESIMPULAN:
Sekiranya, pembelian barangan tersebut merupakan suatu
kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa
tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. Dengan
berbuat demikian, kita telah berbelanja secara berhemat dan hidup mengikut
kemampuan sebagai seorang mahasiswa.
Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara
berhemat akan mencegah diri sendiri serta orang lain daripada menghadapi
masalah kewangan.
Ambillah masa untuk memikirkan sama ada perlu untuk
membelanjakan wang dan adakah anda mampu berbelanja mengikut bajet yang telah
disediakan? Ingat, apabila kita berkata ‘tidak’ untuk berbelanja sekarang (dengan
menangguhkan kepuasan), kita berada selangkah lebih hampir untuk mencapai
impian kewangan kita.
Dalam kehidupan, sentiasa ada alternatif untuk membuat
pilihan lain. Tinjau pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda. Tukar
tanggapan atau persepsi anda, jika perlu.
Di bawah ini kami sertakan sekali video yang menrangkumi modul kami. Dengan adanya video ini, harapnya anda lebih memahami modul kami dengan lebih jelas. Sekian terima kasih.
Di bawah ini kami sertakan sekali video yang menrangkumi modul kami. Dengan adanya video ini, harapnya anda lebih memahami modul kami dengan lebih jelas. Sekian terima kasih.









No comments:
Post a Comment